Sumbangan dan kesan harga petroleum ke atas pendapatan di Malaysia

KESAN TERHADAP PENDAPATAN NEGARA 

• Hasil kerajaan dari sumber petroleum berkurangan dengan penurunan harga minyak yang akan mempengaruhi perbelanjaan kerajaan. 

• Boleh diimbangi dengan pelepasan bebanan subsidiyang ditanggung kerajaan selama ini.

• Sumber pendapatan negara akan berkurangan.tetapi jumlahnya tidaklah sebanyakyang disangkakan kerana malaysia bukanlah negara pengeksport minyakyang utama di dunia. 

• Kita lebih banyak mengimport minyak mentah dan petroleum berbanding dengan mengeksport produk tersebut.


SUMBANGAN DALAM PENDAPATAN NEGARA

1- PENDAPATAN NEGARA

  • Menjadi antara sumber pendapatan utama negara.

  • Mempunyai nilai yang tinggi dalam dagangan dunia.

  • Contohnya, eksport petroleum mentah pada tahun 2000 telah menyumbang sebanyak RM14.2 billion dan sebahagiannya menyumbang kepada pembinaan Menara Berkembar KLCC serta beberapa projek pembangunan negara yang lain.


2- MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

  • Selepas petroleum ditemui, banyak peluang pekerjaan yang dibuka.

  • Antaranya ialah ahli geologi petroleum yang bertugas untuk mencari di mana terletaknya kedudukan bawah bumi yang mempunyai sumber petroleum.

  • Selain itu,jurutera petroleum pula bertanggungjawab untuk membawa naik petroleum dari bawah kerak bumi ke atas, menganggarkan nilainya dan mengekstraknya dengan kos yang paling jimat.

3- MENGGALAKKAN PERPINDAHAN TEKNOLOGI DAN KEPAKARAN

  • Malaysia yang masih baru dalam industri ini dahulu kekurangan kepakaran dan teknologi jadi ia diimport dan diperolehi melalui usahasama dengan syarikat asing.

  • Dengan wujudnya syarikat Petronas, Malaysia mampu melakukan  penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri untuk mengkaji teknik baru untuk mengesan dan mengeluarkan sumber bumi ini. 


 4- MEWUJUDKAN RANGKAIAN SISTEM PENGANGKUTAN

  • Sistem pengangkutan seperti jalan raya, kereta api, pelabuhan, lapangan terbang dibina untuk mempercepatkan proses penghantaran petroleum ke kilang-kilang pemprosesan dan kawasan pasaran.

  • Sebagai contoh, rangkaian pengangkutan yang padat di sepanjang pinggir pantai Miri, Sarawak dan Kerteh, Terengganu.

No comments:

Post a Comment