Perkembangan petroleum di Malaysia

 


Definisi Petroleum: petroleum atau minyak mentah adalah apa-apa campuran semula jadi yang berlaku mudah terbakar hidrokarbon dijumpai di dalam formasi geologi, seperti strata rock. Kebanyakan petroleum adalah bahan api fosil, terbentuk daripada tindakan tekanan yang kuat dan haba ke atas zooplankton mati dikebumikan dan alga. Secara teknikal, petroleum jangka itu hanya merujuk kepada minyak mentah, tetapi kadang-kadang ia digunakan untuk menggambarkan sebarang pepejal, cecair atau hidrokarbon gas.

 

SEJARAH PERKEMBANGAN PETROLEUM DI MALAYSIA

Industri petroleum di Malaysia bermula pada awal tahun 1910 dengan penemuan telaga komersial pertama di Miri, Sarawak

 Pada tahun 1988, industri ini merupakan penyumbang kedua kepada ekonomi negara, iaitu selepas industri pembuatan.

Pada akhir tahun 1991, industri ini telah menjadi penyumbang terbesar eksport barangan utama negara.

Setakat ini keluasan kawasan kontrak negara ialah kira-kira 530,000km persegi dan sehingga kini, dengan jumlah rezab minyak yang masih ada iaitu 3.8 ribu juta tong dan rezab gas pula sebanyak 67.8 trillion kaki padu.

Dengan anggapan tiada penemuan rezab baru dan kadar pengeluaran purata minyak 600,000 tong/hari, rezab minyak negara mampu bertahan selama lebih kurang 15 tahun lagi. Dengan kadar pengeluaran purata gas sebanyak 1.7 ribu juta kaki padu/ hari, rezab gas negara pula mampu bertahan selama 95 tahun lagi.

 Sektor huluan, iaitu penjelajahan, peggerudian, pengeluaran dan pembangunan reserbor petroleum. sektor huluan juga diramalkan akan meningkat apabila pihak Petronas melaksanakan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran yang baru, penggunaan teknologi canggih dalam aktiviti huluan, penawaran blok laut dalam dan daratan dilaksankan.

 Sektor hiliran seperti pemprosesan, penapisan, pembangunan dan pemasaran bahan-bahan berasaskan petroleum serta aktiviti petrokimia. Dari kajian yang dilakukan, jelas terlihat industri petroleum di Malaysia lebih tertumpu kepada sektor hiliran, terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan gas dan petrokimia.

Kedua-dua aktiviti ini diramalkan akan berkembang dengan pesatnya sehingga tahun 2000.. Arah industri petroleum dan penggunaan tenaga negara pada amnya akan ditumpukan kepada peningkatan rezab petroleum negara melalui aktiviti huluan dan penggunaan sumber gas negara dengan optimum serta peningkatan usaha mengawal pencemaran alam

FAKTOR PERKEMBANGAN INDUSTRI PETROLEUM DI MALAYSIA

* KELUASAN KAWASAN KONTRAK                          * REKOD PENEMUAN

* SISTEM PENGAGIHAN PENGELUARAN                *JUMLAH PERMINTAAN

* HARGA BARANGAN PETROLEUM                         * POLISI KERAJAAN

* KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

* KEADAAN POLITIK NEGARA DAN DUNIA

No comments:

Post a Comment